Persoalan berkenaan pengenalan cuti haid dan subsidi tuala wanita sebagai sebahagian daripada perlindungan sosial untuk wanita dari keluarga B40 antara topik dijangka menjadi tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.<br /><br />Menurut aturan urusan mesyuarat disiarkan di laman sesawang Parlimen, soalan itu diajukan Charles Santiago (PH-Klang) kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat semasa sesi pertanyaan jawab lisan.
